Sistem Rizab Persekutuan (The Federal Reserve System), juga dikenali sebagai The Fed, merupakan sistem perbankan pusat Amerika Syarikat. The Fed kini berada di bawah pimpinan Pengerusi baru, Jerome Powell bermula 5 Februari 2018.

Tiga entiti utama yang memberi kepentingan awam :

  1. Congress
    Kongres bertanggungjawab ke atas Sistem Rizab Persekutuan dan entitinya yang lain.
  2. Board of Governers
    Ahli Lembaga Gabenor merupakan organisasi bebas di bawah kerajaan persekutuan.
  3. Federal Open Market Committee
    Ahli FOMC merupakan Gabenor dan Presiden Rizab Persekutuan serta Pengerusi Rizab Persekutuan adalah Pengerusi Ahli FOMC.
  4. Federal Reserve Banks
    Bank Rizab Persekutuan adalah penggerak Sistem Rizab Persekutuan yang dipantau oleh Ahli Lembaga Gabenor.
Sistem Rizab Persekutuan

Bagaimana The Fed mempengaruhi pasaran matawang dan ekonomi ?

  1. Penetapan Dasar Monetari

The Fed bertanggungjawab untuk menetapkan polisi monetari selaras dengan mandatnya daripada Kongres bagi mengekalkan kestabilan harga, keseimbangan sektor pekerjaan dan kadar faedah yang sederhana berjangka panjang.

Penetapan kadar faedah mempamerkan kedudukan dan kestabilan ekonomi sesebuah negara beserta kadar inflasi yang menjadi kayu ukur kekuatan perkembangan ekonomi negara tersebut.

2. Ucapan Pengerusi The Fed

Sebarang kenyataan yang berkaitan daripada Pengerusi The Fed bakal mempengaruhi pasaran matawang A.S. sekaligus memberi outlook keadaan ekonomi pada masa akan datang.

Sekiranya kenyataan yang diberikan bernada hawkish, matawang A.S. berkemungkinan mendapat sokongan ke arah pengukuhan yang berterusan dan sebaliknya.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini