Secara amnya, politik mempunyai pengaruh besar terhadap pasaran kewangan dari segi prestasi stok dan juga volatiliti.
Pilihan raya umum juga adalah salah satu politik events yang memberi kesan terhadap kedua-dua yang disebutkan tadi and boleh dibahagi kepada sebelum dan selepas.

Kesan Sebelum PRU:

Pasaran saham mungkin memaparkan volatiliti yang tinggi atau pergerakan menurun.

  • Turun naik saham merupakan petunjuk kegelisahan atau situasi panik yang dipamerkan oleh pasaran mahupun pelabur itu sendiri.
  • Volatiliti tersebut berubah mengikut tahap risiko politik sesebuah firma, dalam erti kata lain, firma-firma yang 99% domestik lebih cenderung terkesan daripada firma yang beroperasi antarabangsa.

Kesan Setelah PRU:

Pasaran saham berkemungkinan mempamerkan prestasi yang lebih seimbang atau menaik setelah keadaan politik dilaporkan stabil.

  • Prestasi indeks mungkin meningkat ataupun menurun disebabkan oleh ramalan berita baik pelabur mahupun sebaliknya.
  • Contohnya, Ketika PRU ke-9 dan ke-10, stok dilaporkan lebih seimbang setelah pilihan raya berakhir dengan pulangan yang positif.
  • Walaubagaimanapun, terdapat kemungkinan bahawa stok bertukar negatif setelah PRU seperti PRU ke-12 dengan KLCI merosot 118.8 mata seminggu selepas pilihan raya.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini