Saham Tesla telah merosot setelah Ketua Pegawai Eksekutif Elon Musk, memanggil seorang penganalisis sebagai “bonehead” yang membosankan setelah beliau menjawab soalan mengenai rekod kerugian bersih.

Saham jatuh 5% kepada kira-kira £ 1.8bn pada petang Rabu sejam selepas CEO syarikat kereta elektrik tersebut menolak soalan penganalisis Bernstein, Tony Sacconaghi tentang keperluan modal.

Saham Tesla Inc juga turun 7% ketika pasaran AS dibuka bagi perdagangan pada hari Khamis.

Beliau mengahdiri panggilan persidangan bagi menjawab soalan mengenai keputusan suku pertama Tesla, yang menunjukkan bahawa syarikat tersebut mencatatkan kerugian bersih sebanyak $ 710 juta, bersamaan dengan £ 523 juta mencecah $ 745.4 juta secara keseluruhannya pada suku pertama tahun ini.

Beliau kelihatan terkesan dengan soalan yang diajukan oleh Joseph Spak dari RBC mengenai langkah yang bakal diambil berikutan model kereta elektriknya, Model 3 lebih murah.

Penganalisa juga mengatakan bahawa penurunan saham Tesla Inc mencerminkan kebimbangan para pelabur terhadap kewangan syarikat itu.

Menambah kebimbangan pelabur adalah, kenyataan Musk mengenai pengeluaran Model Y SUV yang bakal dikeluarkan pada tahun 2020, bercanggah dengan laporan awal yang menyatakan bahawa beliau bakal melancarkan kenderaan tersebut lebih awal daripada 2020.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini