Stok Eropah naik pada awal dagangan setelah pelabur menilai implikasi perbincangan perdagangan yang sedang berlangsung di antara A.S. dan China.

Bahan asas dan syarikat teknologi mendahului indeks Stoxx Europe 600 namun sedikit goyah setelah laporan pendapatan mengecewakan daripada BNP Paribas SA, Societe Generale SA dan HSBC Holdings Plc. Niaga hadapan indeks ekuiti AED juga direkodkan naik lebih rendah berbanding sebelumnya.

Indeks Stoxx Europe 600 meningkat 0.3% di London manakala
Indeks FTSE 100 U.K. menambah 0.4% menjadikannya keuntungan terbesar dalam tempoh seminggu.
Indeks DAX Jerman juga dilaporkan melonjak 0.4%. Walaubagaimanapun,
niaga hadapan Indeks S & P 500 susut 0.2% ke paras rendah dalam tempoh lebih daripada tiga minggu.

Di samping itu, lira Turki meneruskan penurunannya setelah mencatat rekod rendah berbanding dolar semalam berikutan kebimbangan bahawa dasar monetari masih terlalu longgar untuk menangani ekonomi yang terlalu panas.

Pada masa yang sama, perhatian kini beralih kepada pertumbuhan ekonomi A.S., dengan pertumbuhan upah dan data pekerjaan yang dinanti-nantikan jam 830 malam ini waktu tempatan.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini