Reserve Bank of Australia (RBA) telah mengekalkan kadar faedahnya pada paras rendah 1.5% bagi 21 bulan bertrut-turut pada hari Selasa manakala inflasi kekal rendah meskipun ekonomi dilaporkan berkembang dengan pantas pada tahun ini.

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) tahunan telah berkurangan kepada 2.4% pada suku Disember berikutan cuaca buruk menyebabkan aktiviti perdagangan perlaha yang memberi kesan kepada perbelanjaan pengguna dan kerajaan.

Keadaan perniagaan dilaporkan positif dengan perbelanjaan pelaburan perniagaan dan awam semakin meningkat disusuli oleh pertumbuhan eksport yang dijangka mengukuh, kata Gabenor RBA, Philip Lowe.

Lowe pada masa yang sama telah lama memberi amaran bahawa langkah seterusnya dalam kadar lebih cenderung naik daripada turun, namun setakat ini telah menegaskan bahawa lembaga bank pusat menyaksikan tiada kes yang kuat bagi kenaikan dalam masa terdekat.

Hal tersebut bagaimanapun telah menyebabkan harga turun 0.3% bagi tahun ini, bacaan negatif pertama sejak akhir tahun 2012.

“Kelemahan kini berada di tahap di mana RBA memulakan kadar pemotongan pada tahun 2008 dan 2011.”

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini