Pasaran kewangan global bakal memberi tumpuan kepada mesyuarat dasar monetari The Fed serta laporan sektor pekerjaan di Amerika Syarikat.

Di samping itu, terdapat beberapa peristiwa penting lain yang menjadi fokus utama pada minggu ini termasuk:

  1. Keputusan Kadar Rizab Persekutuan 

Rizab Persekutuan dijangka mengekalkan kadar faedahnya dalam purata di antara 1.5% -1.75% pada hari Khamis, jam 2 pagi waktu tempatan.

Majoriti ahli ekonomi percaya bahawa The Fed bakal menaikkan kadar pada mesyuarat akan datang pada bulan Jun, diikuti oleh kenaikan lain pada bulan September, dengan langkah ketiga yang lebih tinggi tiba pada bulan Disember.

2. Laporan Pekerjaan A.S.

Jabatan Tenaga Kerja A.S. bakal menerbitkan laporan gaji nonfarm (NFP) bagi bulan April pada hari Jumaat, jam 830 malam waktu tempatan dengan jangkaan pertumbuhan pekerjaan sebanyak 185,000, setelah menambah 103,000 posisi pada bulan Mac, sementara kadar pengangguran dijangka menurun kepada 4.0% dari 4.1%.

Di samping itu, terdapat laporan mengenai pendapatan dan perbelanjaan peribadi termasuk data perbelanjaan inflasi.

3. Pengumuman Keuntungan Apple Inc. 

Di Wall Street, lebih daripada satu per lima daripada syarikat S & P 500 mengumumkan pendapatan, dengan kebanyakan tumpuan tertumpu pada teknologi Apple (NASDAQ: AAPL).

4. Bacaan inflasi Zon Eropah

Zon eropah bakal menerbitkan bacaan inflasi bagi bulan April pada hari Khamis jam 5 petang waktu tempatan yang mungkin memberi sokongan kepada Keputusan Bank Sentral Eropah untuk tidak menghentikan program rangsangannya.

Peningkatan kepada 1.3% telah disasarkan oleh para penganalisa sekaligus menunjukkan peningkatan harga pengguna setelah mempamerkan kenaikan pada builan Mac.

5. Data PMI U.K

UK dijadualkan menerbitkan bacaan bagi aktiviti sektor perkilangan bulan April pada hari Selasa jam 430 petang waktu tempatan disusuli oleh laporan mengenai sektor pembinaan pada hari Rabu dan sektor perkhidmatan pada hari Khamis.

Pengilangan PMI dijangka turun kepada 54.9 daripada 55.1 sebulan lebih awal manakala aktiviti pembinaan dijangka mengukuh kepada 50.9 daripada 47.0, sementara tinjauan mengenai sektor perkhidmatan gergasi Britain dijangka meningkat kepada 53.3 daripada 51.7.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini