Matawang kripto didagangkan bercampur pada hari Rabu setelah laporan mengenai rampasan komputer yang digunakan untuk melombong Bitcoin oleh polis China menjadi tumpuan. Di samping itu, mantan CEO PayPal, Bill Harries menggelar Bitcoin sebagai skim penipuan.

Bitcoin didagangkan pada $ 9,325.9 di pertukaran Bitfinex setelah naik 0.50% berbanding sehari sebelumnya manakala Ethereum, matawang digital terbesar kedua di dunia oleh market cap susut 4.15% kepada $ 654.11 di pertukaran Bitfinex.

Token XRP Ripple juga mencatatkan penurunan 9.17% kepada $ 0.84851 di pertukaran Poloniex sementara Litecoin susut 5.67% kepada $ 153.97.

Polis di bandar China Tianjin dilaporkan merampas 600 komputer yang digunakan bagi melombong Bitcoin setelah menerima laporan penggunaan elektrik yang terlalu tinggi.

Pada masa yang sama, laporan mengenai mantan CEO PayPal dan bekas CEO Intuit (NASDAQ: INTU) Bill Harris menggelar Bitcoin adalah skim penipuan juga menjadik isu yang menarik perhatian pasaran.

Harris juga dilaporkan meminta pengawal selia untuk mengambil tindakan ke atas perdagangan tersebut. Namun, disebabkan oleh kritikan Harris, Bitcoin tidak terkesan malahan terus meningkat dalam beberapa hari sekaligus memecah halangan ke paras $ 9,000.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini