Pertumbuhan sektor swasta berkembang kepada 56.9 pada bulan April berbanding bacaan 56.3 pada bulan Mac mengatasi jangkaan penurunan 55.9.

Pada masa yang sama, Indeks Aktiviti Perkhidmatan Perancis naik kepada 57.4 pada bulan April berbanding 56.9 pada Mac, tinggi 2 bulan manakala Indeks Perkilangan PMI Perancis susut kepada 53.4 pada bulan April berbanding 53.7 pada bulan Mac namun mencatatkan bacaan bertepatan dengan jangkaan pasaran yang mensasarkan 53.4.

Pertumbuhan secara keseluruhan menunjukkan kadar perkembangan yang lebih signifikan dalam kedua-dua sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Pertumbuhan yang ketara juga dipamerkan dalam sektor keluaran yang melibatkan peningkatan dalam pesanan baru, pertumbuhan yang ke dua puluh dua dalam beberapa bulan.

Di samping itu, kadar pertumbuhan pekerjaan meningkat daripada bulan Mac manakala
lonjakan dalam sektor perniagaan didorong oleh perkhidmatan pembekal.

Harga input yang dihadapi oleh firma sektor swasta di Perancis meningkat pada bulan April, dengan itu meneruskan trendnya sejak Mac 2016. Kenaikan gaji juga mempamerkan peningkatan umum dalam harga bahan mentah sekaligus menjadi pemacu utama inflasi keseluruhan terkini.

Berikutan itu, pasangan matawang EUR/USD naik ke paras $ 1.227.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini