Euro dilaporkan berada di atas paras $ 1.23 pada hari Jumaat dan bersedia untuk mengalami keuntungan terkecil dalam tempoh 10 bulan setelah pelabur menanti masa sebelum mesyuarat Bank Pusat Eropah pada minggu hadapan di mana para penggubal dasar mungkin memberikan beberapa petunjuk mengenai program rangsangan dasarnya.

Bank Pusat Eropah (ECB) dijadualkan mengadakan mesyuaratnya pada minggu hadapan dengan jangkaan bahawa para penggubal dasar mungkin mengambil langkah kecil untuk keluar dari dasar monetari yang sangat mudah setelah sekian lama berjanji untuk meningkatkan pembelian bonnya jika diperlukan pada mesyuarat terakhir, bulan Mac.

Walaubagaimanapun, ahli strategi Nordea menjangkakan bahawa langkah sebegini mungkin terburu-buru memandangkan beberapa tanda-tanda kelembapan dalam data ekonomi telah membangkitkan kebimbangan mengenai peningkatan dalam ketegangan perdagangan.

Matawang Euro didagangkan pada paras $ 1.2304, mencatatkan keuntungannya paling sedikit sejak Jun 2017.

Pada masa yang sama, Sterling didagangkan pada  $ 1.4041 setelah jatuh hampir 1% berikutan kenyataan Gabenor Bank of England, Mark Carney yang berkata bahwa kenaikan kadar pada tahun ini mungkin dilaksanakan.

Jangkaan kenaikan kadar faedah UK pada bulan Mei telah menyusut kepada 40% daripada 70% pada awal minggu ini setelah ucapan Carney.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini