Kadar pengangguran yang diselaraskan secara bermusim di Australia kekal stabil dengan 5.5% pada bulan Mac 2018, sejajar dengan bacaan pada bulan sebelumnya serta bertepatan dengan jangkaan pasaran. Secara keseluruhannya, ekonomi menambah 4,900 pekerjaan manakala jumlah penganggur menyusut sebanyak 2,400.

Pada bulan Mac, jumlah penganggur direkodkan menurun sebanyak 2,400 kepada 730,200, berikutan individu yang mencari kerja sepenuh masa bertambah sebanyak 9,300 kepada 522,400, manakala mereka yang mencari kerja separuh masa hanya menurun 11,700 kepada 207,800.

Di samping itu, pekerjaan juga meningkat sebanyak 4,900 kepada 12,484,100 manakala pekerjaan sepenuh masa turun 19,900 kepada 8,514,100 disusuli oleh pekerjaan sambilan yang meningkat 24,800 kepada 3970,000.

Kadar penyertaan tenaga buruh susut kepada 65.5% daripada 65.6% serta meleset daripada sasaran 65.7%.

Waktu pekerjaan yang mengikut jam secara bulanan yang disesuaikan mengikut musim dalam semua sektor pekerjaan meningkat sebanyak 4.5 juta jam, bersamaan dengan 0.26% kepada 1,740.4 juta jam.

Secara amnya, nisbah pekerjaan kepada nisbah penduduk yang telah diselaraskan, menurun ke 61.9% berbanding 62.0% pada bulan Februari.

Pada masa yang sama, pasangan AUD/USD meningkat ke paras 0.7797 bdaripada paras rendah 0.7765 hari ini.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini