Data jualan runcit (Retail Sales) UK dilaporkan merosot pada bulan Mac, meningkatkan kebimbangan mengenai kekuatan ekonomi British.

Jualan runcit merosot kepada 1.2% pada bulan Mac menurut Jabatan Perangkaan Negara pada hari Khamis, meleset daripada sasaran penurunan -0.5% serta berada jauh dari rekod 0.8% pada bulan sebelumnya.

Dari tahun ke tahun, jualan runcit direkodkan meningkat sebanyak 1.1% daripada 1.5% pada bulan sebelumnya.

Berikutan itu, pasangan matawang GBP/USD turun ke paras 1.41828.

Penurunan tersebut disumbang oleh kejatuhan yang signifikan sebanyak 7.4% daripada jualan petrol serta beberapa produk lain termasuk:

  • Makanan yang merosot sebanyak -0.6% daripada 1%.
  • Bukan makanan juga menurun sebanyak -0.6%.
  • Tekstil, pakaian dan kasut dengan -0.7%.
  • Barangan isi rumah mencatat bacaan -0.2% daripada 2.2%.
  • Lain-lain dengan catatan -1.8%.

Jualan runcit teras, yang tidak termasuk penjualan kereta dan petrol pula dilaporkan menurun sebanyak 0.5% pada bulan Mac berbanding bacaan 0.4% yang disemak pada bulan sebelumnya. Jualan tahunan teras bagaimanapun menyusut kepada 1.1% daripada 1.2%.

Secara amnya, jualan runcit secara bulanan di United Kingdom berpurata 0.21% dari tahun 1996 hingga 2018, mencecah paras tertinggi dengan 3.10% pada bulan Februari 2010 dan memegang rekod rendah pada -3.80% pada bulan Januari 2010.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini