Pasaran kewangan global bakal tertumpu kepada perkembangan sentimen geopolitik di Syria serta penilaian impak yang berpotensi meningkat di antara A.S. dan China.

Terdapat beberapa peristiwa penting yang menjadi fokus utama pasaran pada minggu ini termasuk:

  1. Data Peruncitan A.S. (US Retail Sales)

Jabatan Perdagangan bakal menerbitkan data jualan runcit bagi bulan Mac pada hari Isnin jam 830 malam waktu tempatan dengan jangkaan peningkatan kepada 0.4% berbanding bacaan -0.1% pada bulan sebelumnya manakala jualan teras dijangkakan kekal mendatar pada 0.2%.

Selain daripada laporan jualan runcit, data permit bangunan, permulaan perumahan, pengeluaran perindustrian, serta kaji selidik mengenai keadaan pembuatan di wilayah Philadelphia dan New York juga menjadi fokus.

2. Data GDP China

China dijadualkan menerbitkan data KDNK pada hari Selasa jam 10 pagi waktu tempatan dengan jangkaan bacaan 6.8%.

Negara tersebut juga akan menerbitkan data mengenai pengeluaran industri perindustrian, pelaburan aset tetap dan jualan runcit bersama dengan laporan KDNK.

3. Mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA)

Reserve Bank of Australia tidak terlepas menjadi fokus utama berikutan para pelabur memberi tumpuan mengenai komen bank pada mesyuaratnya yang dijadualkan pada hari Selasa, jam 930 pagi untuk mendapatkan petunjuk lebih lanjut.

Data mengenai pertumbuhan sektor pekerjaan juga bakal dilaporkan pada mesyuarat tersebut sekaligus menarik tumpuan pelabur bagi mendapatkan isyarat pertumbuhan pasaran dengan lebih teliti.

4. Data Inflasi UK

Jabatan Statistik Kebangsaan bakal menerbitkan data inflasi harga pengguna bagi bulan Mac pada hari Rabu, jam 430 petang waktu tempatan dengan jangkaan bahawa data inflasi  tahunan, kekal mendatar pada 2.7%.

Selain daripada itu, politik juga bakal menjadi tumpuan terutamanya rundingan Brexit sehingga tarikh akhir bagi persetujuan rasmi dicapai.

5. Penetapan Kadar Bank of Canada (BOC)

Bank of Canada (BOC) akan menetapkan kadar faedahnya pada hari Rabu, jam 10 malam waktu tempatan dengan jangkaan pengekalan kadar iaitu pada 1.25%.

Di samping itu, Canada juga akan menerbitkan data jualan runcit serta inflasinya setelah pengumuman kadar faedah dilaksanakan.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini