Bacaan inflasi harga pengguna Spain merekodkan bacaan 1.2% dari tahun ke tahun pada bulan Mac 2018, berada sedikit di atas bacaan bulan sebelumnya sebanyak 1.1%. CPI naik pada kadar yang lebih pantas bagi produk makanan & minuman bukan alkohol, pengangkutan dan restoran & hotel, manakala inflasi perumahan mengalami kemerosotan.

Berdasarkan asas tahunan, harga meningkat pada kadar yang lebih cepat bagi:

  • Makanan dan minuman bukan alkohol dengan catatan bacaan 1.4% daripada 0.9% pada bulan Februari.
  • Pengangkutan meningkat kepada 1.4% dari 1.1%.
  • Restoran & hotel pula berkembang sebanyak 2.2% berbanding 2.1%.
  • Rekreasi & budaya dengan bacaan 1% daripada¬†0.6%.
  • Pakaian & kasut dengan 0.7% berbanding 0.6%.

Namun, inflasi dilaporkan berkadar perlahan bagi:

  • Perumahan & utiliti yang susut 1% daripada 1.4%.
  • Pelbagai barangan & perkhidmatan dengan bacaan 0.7% daripada 0.8%.

Secara bulanan, harga pengguna naik 0.1%, pada kadar yang sama pada bulan Februari. Peningkatan harga disumbang oleh pengukuhan pasaran produk:

  • Pakaian & kasut dengan 4.3%
  • Restoran & hotel mencatat bacaan 4.3%.
  • Rekreasi & budaya dengan 0.4%.

Secara amnya, indeks harga pengguna yang diselaraskan meningkat 1.3% berbanding tahun sebelumnya manakala 1.2% secara bulanan.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini