Pengeluaran dalam sektor kejuruteraan Jerman meningkat sebanyak 3.9% kepada
223 bilion euro pada tahun 2017 serta dijangka berkembang kepada sekurang-kurangnya 3% pada tahun ini, kata presiden kumpulan industri VDMA. 

Carl Martin Welcker, individu yang mengetuai kumpulan industri berkata bahawa pertumbuhan pengeluaran yang dilaporkan pada tahun 2017 masih mampu disemak semula sekaligus meramalkan pertumbuhan pada tahun 2018. Kumpulan tersebut pada mulanya menjangkakan pertumbuhan pengeluaran sebanyak 3% pada tahun 2017.

“Situasi di sektor ini sangat baik, dan bilangannya sangat baik,” kata Welcker dalam satu temu bual.

“Tahun ini menjadi permulaan yang memberangsangkan. Kami kini mengkaji semula jangkaan kami,” katanya, sambil mengatakan bahawa kumpulan itu akan menerbitkan unjuran tahun 2018 yang disemak semula di pameran perdagangan Hanover dalam masa dua minggu.

Di samping itu, Welcker turut berkata bahawa firma kejuruteraan Jerman mempamerkan permintaan kukuh di semua pasaran utama seperti Amerika Syarikat, di mana dasar cukai Presiden A.S. Donald Trump yang memberi kesan dalam pesanan, serta China dan Rusia. Manakala pasaran Britain dan Turki adalah terkecuali, tambahnya.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini