Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) Malaysia berkembang 3.0% pada bulan Februari 2018 berbanding dengan bulan yang sama tahun sebelumnya, meleset daripada jangkaan kenaikan 3.4% oleh penganalisa pasaran.

Pengembangan pada bulan Februari 2018 disokong oleh pertumbuhan positif dalam indeks Pembuatan yang menyumbang 4.7% dan indeks Elektrik dengan sumbangan 2.8%.

Di samping itu, Indeks Perlombongan mencatatkan penurunan sebanyak 1.6% manakala IPI pada bulan Januari 2018 mencatat rekod 5.4% dari tahun ke tahun.

Secara tahunan, pengeluaran sektor perkilangan meningkat 4.7% pada bulan Februari 2018 setelah melaporkan pertumbuhan 6.9% pada bulan Januari. Sub-sektor utama yang mencatatkan kenaikan pada bulan Februari 2018 adalah:

  • Petroleum, Kimia, Produk Getah dan Plastik yang mencatat bacaan 7.0%.
  • Barangan Elektrik dan Elektronik dengan rekod 5.4%.
  • Produk Mineral Bukan Logam, Logam Asas dan Produk Logam Fabrik merekodkan bacaan 5.0%.

Secara amnya, keluaran sektor perlombongan menurun sebanyak 1.6% pada bulan Februari 2018 berbanding bulan Januari 2018 dengan 1.5%. Penurunan tersebut dilaporkan berikutan penurunan dalam indeks Gas Asli sebanyak -3.5%. Sementara indeks Minyak Mentah meningkat sebanyak 0.5%.

Pada masa yang sama, keluaran Elektrik mengalami peningkatan 2.8% pada bulan Februari 2018 berdasarkan asas tahunan.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini