Rakyat Malaysia bakal mengundi pada 9 Mei (Rabu) yang melibatkan saingan di antara Perdana Menteri Najib Razak dan Mahathir Mohamad, Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini.

Tempoh kempen bakal disingkatkan kepada 11 hari, berbanding 15 hari pada pilihan raya pada tahun 2013, dengan hari penamaan bagi calon yang ditetapkan pada 28 April, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Mohd Hashim Abdullah kepada pemberita pada hari Selasa.

Pilihanraya kali ini mempertaruhkan pentadbiran 60 tahun yang tidak pernah dikalahkan , gabungan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 64. Beliau berusaha untuk memperluaskan jawatannya bagi penggal ketiga, setelah memimpin partinya dengan prestasi yang kurang memberangsangkan dalam pilihan raya sebelum ini, setelah kalah undi popular dan memenangi parlimen dengan margin yang paling tipis lima tahun lalu.

Di samping itu, pencabarnya adalah Tun Dr. Mahathir, berusia 92 tahun, yang mengetuai parti pembangkang Pakatan Harapan dengan kempen untuk mengambil alih dan menamatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya tahun ini.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini