Dolar melonjak berbanding yen pada Selasa setelah ucapan oleh Presiden China, Xi Jinping yang berjanji untuk mengurangkan taarif import sekaligus memulihkan kebimbangan pelabur mengenai konflik perdagangan antara dua ekonomi terbesar di dunia.

Bercakap di Forum Boao untuk Asia di wilayah Hainan, Xi berjanji untuk mengembangkan ekonomi negara dan mengurangkan taarif import ke atas produknya termasuk kereta.

Dolar naik 0.3% kepada 107.130 yen setelah mencapai bacaan setinggi 107.245. Namun, Dolar Australia, yang sensitif terhadap perubahan dalam sentimen risiko, meningkat 0.5% kepada $ 0.7737.

“Ketegangan dagangan adalah tidak menentu kebelakangan ini. Hari ini, ia semakin memulih dan pasangan matawang USD/JPY naik,” kata Daisuke Karakama, ketua ekonomi pasaran di Mizuho Bank.

Di samping itu, pasaran ekuiti di Asia telah meningkat berikutan ucapan Xi, menyebabkan penyusutan permintaan bagi yen, yang sering diberi tumpuan setiap kali pergolakan pasaran dan ketegangan politik.

Pada masa yang sama, matawang Euro naik kepada 132.035 yen, merekodkan bacaan tertinggi sejak 14 Mac.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini