Saham Asia melambung manakala yen yang bersifat safe haven jatuh pada hari Selasa apabila Presiden China, Xi Jinping berjanji untuk mengurangkan taarif import ke atas produk termasuk kereta pada tahun ini, membantu menenangkan kebimbangan para pelabur terhadap peningkatan ketegangan dagangan A.S.-China.

Xi, yang berucap di Forum Boao bagi Asia di wilayah Hainan, berkata bahawa China akan mengambil langkah untuk memperluas pasaran asing bagi pelabur asing sekaligus meningkatkan had pemilikan asing dalam sektor automobil dan melindungi harta intelek firma asing.

Di samping itu, komen Xi menimbulkan tindak balas yang signifikan dan sebahagian besarnya positif terhadap pasaran kewangan, yang telah mengucar-kacirkan pasaran sepanjang minggu lalu dengan ketegangan taarif yang dikenakan oleh A.S.-China.

Niaga hadapan E-mini S & P 500 naik 1.2%, sementara indeks luas saham Asia-Pasifik MSCI di luar Jepun pulih dari kerugian awal dan menunjukkan peningkatan 0.8%.

Pada masa yang sama, purata saham Nikkei Jepun direkodkan naik 1.1%.

Setelah sentimen risiko bertambah baik, yen bagaimanapun masih berada di bawah tekanan setelah dolar naik 0.4% kepada 107.18 yen, sementara euro kekal pada paras tertinggi empat minggu berbanding yen.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini