Pasaran minyak stabil pada hari Isnin setelah merosot sekitar 2% pada Jumaat lalu berikutan kebimbangan mengenai pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, serta peningkatan aktiviti pengeboran A.S..

Pasaran pada hari Isnin juga tertumpu terhadap situasi di Syria setelah terdapat laporan bahawa pasukan A.S. telah menyerang pangkalan udara utama di sana yang disangkal oleh pentagon.

Niaga hadapan mentah WTI A.S. berada pada paras $ 62,34 setong setelah naik 28 sen manakala Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada $ 67.43 setong, naik 32 sen, bersamaan dengan 0.5%.

Harga minyak jatuh kira-kira 2% pada hari Jumaat setelah Presiden A.S. Donald Trump mengancam taarif baru di China, menimbulkan kebimbangan ketegangan perdagangan antara dua ekonomi terbesar di dunia yang boleh menjejaskan pertumbuhan global.

Secara amnya, harga minyak disokong oleh permintaan sihat serta pengawalan bekalan yang diketuai oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), yang bermula pada tahun 2017 untuk mengekang lebihan bekalan dan lonjakan harga.

Di Amerika Syarikat, penggerudian menambah 11 pelantar bagi pengeluaran baru dalam seminggu hingga 6 April, menjadikan jumlah kiraan menjadi 808, paras tertinggi sejak Mac 2015, kata firma perkhidmatan tenaga, General Electric, Baker Hughes pada Jumaat.

Oleh yang demikian, eksport A.S. telah melonjak dalam beberapa bulan kebelakangan ini, lebih daripada mengimbangi gangguan bekalan Venezuela akibat krisis ekonomi di OPEC Amerika Selatan, kata Innes.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini