Keluaran sektor perindustrian Jerman mempamerkan kejatuhan berskala besar pada bulan Februari setelah ekonomi kilang-kilang terbesar di Eropah menguncup berikutan ancaman perlindungan yang semakin meningkat.

Output dilaporkan jatuh sebanyak 1.6% setelah meningkat sebanyak 0.1% pada bulan Januari, menurut Kementerian Ekonomi.

Di samping itu, penurunan pada bulan Februari tersebut merupakan yang terbesar sejak Ogos 2015 dan direkodkan meleset berbanding jangkaan kenaikan 0.3% oleh para penganalisa pasaran.

Pecahan data mempamerkan kemerosotan yang besar dalam kategori pengeluaran barangan modal yang turun 3.1% pada bulan itu manakala pengeluaran barangan pengguna susut 1.5% disusuli oleh barangan pengantaraan yang turun 0.7%.

Secara keseluruhannya, aktiviti pembinaan turut menunjukkan pertumbuhan yang lemah.

“Pengeluaran perindustrian telah kehilangan momentum namun, keadaan pesanan yang baik dan suasana positif di kalangan syarikat mencadangkan sektor perindustrian akan terus berada di atas,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Beliau juga menambah bahawa, “Momentum pertumbuhan akan mungkin berada pada paras yang lebih lemah berbanding tahun sebelumnya”.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini