Presiden Donald Trump telah mengarahkan pegawai perdagangan A.S pada hari Khamis. untuk mengenal pasti taarif terhadap $ 100 bilion barangan import China, menambah kegawatan di dalam ketagangan perdagangan yang semakin meruncing di antara dua ekonomi terbesar di dunia.

Taarif tersebut dianggap sebagai taarif susulan setelah tindak balas tidak adil China terhadap tindakan perdagangan A.S. sebelum ini, termasuk cadangan $ 50 bilion taarif barangan China, kata Trump dalam satu kenyataan di White House.

“Kita berada di landasan yang berbahaya serta keluarga Amerika akan berakhir dengan kekalahan,” kata Presiden Persekutuan Peruncitan Nasional dan Ketua Pegawai Eksekutif Matthew Shay, dalam satu kenyataan yang mendesak Trump untuk berhenti mempertaruhkan ekonomi A.S.

Pasaran kewangan menunjukkan volatiliti yang tidak menentu selama beberapa hari yang disebabkan oleh ketegangan perdagangan dan pengurusan Trump itu, ditambah dengan ancaman baru.

Niaga hadapan A.S., ESc1 merosot 1% dan dolar jatuh berbanding matawang utama lain.

Dalam kenyataannya, Trump berkata Wakil Perdagangan A.S. telah memutuskan bahawa China telah berkali-kali terlibat dalam tindakan untuk mendapatkan harta intelek Amerika secara tidak adil.

Di samping itu, media negara China membantah ancaman Trump dengan mengatakan bahawa ancaman perdagangan terhadap China adalah tidak masuk akal.

Ancaman ini mempamerkan keangkuhan pegawai elit Amerika serta sikap mereka terhadap China.

Pada hari Selasa, USTR mencadangkan 25% taarif ke atas lebih daripada 1,300 produk perindustrian dan produk Cina dari televisyen sehingga komponen elektronik. China kemudiannya membalas tindakan A.S. dengan senarai cadangan cukai ke atas $ 50 bilion import Amerika, termasuk kacang soya, pesawat udara, kereta, daging lembu dan bahan kimia.

“Daripada membetulkan salah lakunya, China telah memilih untuk membahayakan petani dan pengeluar kita,” kata presiden Republikan itu.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini