Harga minyak mengalami penurunan pada pagi Jumaat di sesi Asia setelah Presiden A.S., Donald Trump mengancam untuk mengenakan taarif baru ke atas China, yang menimbulkan kebimbangan ketegangan perdagangan di antara dua negara terbesar di dunia.

Minyak mentah WTI Futures bagi penghantaran pada bulan Mei didagangkan pada $ 63.20 setong setelah turun 0.54% manakala Kontrak Minyak Brent bagi penghantaran pada bulan Jun yang didagangkan di London, turun 0.44% pada $ 68.03 setong.

Presiden Trump berkata pada hari Khamis bahawa beliau telah mengarahkan pegawai perdagangan A.S. untuk mempertimbangkan tambahan $ 100 bilion taarif ke atas barangan China sekaligus meningkatkan ketegangan dengan China.

Malahan, China juga mengambil langkah pertama untuk membayar minyak mentah yang diimport dalam yuan dan bukannya dolar A.S.. Sebagai pengimport minyak mentah dan pengguna tenaga terbesar dunia, permintaan minyak China merupakan penentu utama harga minyak dunia.

Pada masa yang sama, Arab Saudi berkata pada hari Khamis bahawa ia akan menaikkan harga jualan rasmi bagi minyak mentah pada bulan Mei ke Asia dengan cadangan bahawa  kerajaan tidak mahu menghapuskan pengurangan pengeluaran dalam masa terdekat.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan beberapa pengeluar bukan OPEC termasuk Rusia berkomitmen untuk memotong pengeluaran sekitar 1.8 juta tong sehari menjelang akhir tahun 2018 dalam usaha untuk mengurangkan harga bekalan dan sokongan harga minyak global.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini