Dolar didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan matawang utama lain pada hari Khamis berikutan jangkaan bahawa A.S. dan China bakal mencapai kesepakatan untuk mengatasi ketegangan perdagangan yang semakin meningkat.

Indeks dolar A.S., yang mengukur kekuatan greenback terhadap sekumpulan enam matawang utama lain, naik 0.16% kepada 89.92.

Dolar direkodkan meningkat berbanding yen dengan pasangan USD / JPY naik 0.19% kepada 106.98 berbanding 105.98 pada sesi sebelumnya.

Yen yang bersifat haven telah bergelut setelah China mengumumkan gelombang baru taarif ke atas import A.S., sebagai tindak balas kepada tindakan pentadbiran Trump untuk mengenakan taarif ke atas produk Cina.

Walaubagaimanapun, ketegangan perdagangan dilihat sedikit memulih setelah penasihat ekonomi Presiden Donald Trump, Larry Kudlow berkata bahawa taarif yang dicadangkan terhadap China berkemungkinan tidak berlaku serta menambah bahawa tiada sebarang ketegangan perdagangan di antara A.S. dan China.

Sentimen pasaran turut dibantu oleh jangkaan bahawa A.S. dapat mencapai kesepakatan dengan Kanada dan Mexico melalui Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara.

Di samping itu, matawang Euro direkodkan berada pada paras lebih rendah terhadap dolar, dengan EUR / USD menurun 0.11% kepada 1.2264.

Pound juga dilaporkan berada sedikit lebih rendah berbanding matawang A.S., dengan
pasangan GBP / USD turun 0.1% kepada 1.4067.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini