Perdagangan runcit di Australia mengalami peningkatan sebanyak 0.6% dari bulan ke bulan pada Februari 2018, setelah mempamerkan peningkatan 0.2% pada bulan sebelumnya sekaligus menngatasi jangkaan pasaran yang mensasarkan pertumbuhan pasaran sebanyak 0.3%.

Rekod tersebut merupakan kenaikan paling pantas dalam sektor perdagangan runcit sejak November 2017 yang majoritinya disumbang oleh:

  • Pemulihan jualan pakaian, kasut & aksesori peribadi yang meningkat sebanyak 1.1% berbanding bacaan -0.6% pada bulan Januari.
  • Malahan, jualan di kedai serbaneka juga meningkat sebanyak 1.5% setelah jatuh pada tiga bulan sebelumnya.

Selain itu, jualan dilaporkan meningkat pada kadar yang lebih pantas bagi beberapa produk termasuk:

  • Barangan isi rumah yang meningkat 1.1% daripada 0.1%.
  • Makanan runcit pula mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.3% daripada 0.1%.
  • Kafe, restoran & makanan bungkus meningkat sebanyak 0.7% daripada 0.1%.
  • Sementara jualan direkodkansedikit perlahan bagi peruncitan lain yang mencatat bacaan 0.2% daripada 1.2%.

Secara amnya, Jualan Runcit yang diselaraskan secara bulanan di Australia berpurata 0.48% dari tahun 1982 hingga 2018, mencapai paras tertinggi pada keseluruhannya sebanyak 8.10% pada bulan Jun 2000 dan memegang rekod rendah dengan -10.60% pada bulan Julai 2000.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini