Pasaran kewangan global minggu ini bakal memberi tumpuan kepada data NFP A.S. yang dijadualkan pada hari Jumaat.

Di samping itu, terdapat beberapa news penting yang menjadi fokus utama pasaran kewangan global termasuk:

  1. Data PMI A.S. 

Data PMI ini dijadualkan pada hari Isnin jam 10 malam waktu tempatan dengan jangkaan penurunan kepada 60.1 daripada rekod 60.8 pada bulan sebelumnya.

2. Mesyuarat Dasar Rizab Bank of Australia

Keputusan kadar faedah terkini Reserve Bank of Australia (RBA) dijadualkan pada  hari Selasa jam 12:30 tengahari waktu tempatan.

Kebanyakan ahli ekonomi menjangkakan bahawa bank pusat mengekalkan kadar tidak berubah pada rekod semasa-rendah sebanyak 1.5% pada mesyuarat berturut-turut ke-18 serta mengekalkan pendirian dasar monetarinya.

3. Data PMI U.K 

Data ini bakal diterbitkan pada hari Selasa jam 4:30 petang waktu tempatan dengan jangkaan penurunan kepada 54.8 daripada bacaan 55.2 pada bulan sebelumnya.

Di samping itu, Gabenor Bank of England, Mark Carney dijadualkan memberi ucapan di Persidangan Risiko Iklim Antarabangsa bagi Penyelia, Amsterdam pada hari Jumaat.

4. Data CPI Euro 

Zon eropah bakal menerbitkan data inflasi bulan Mac pada hari Rabu, jam 5 petang waktu tempatan dengan jangkaan bahawa angka tersebut meningkat 1.4% berbanding bulan Februari dengan rekod 1.1%.

Meskipun inflasi masih kurang daripada sasaran Bank Sentral Eropah yang hampir 2%, para penggubal dasar kini sedang membahaskan sama ada untuk menamatkan pembelian bon pada akhir tahun ini.

5. Data Pekerjaan A.S. 

Jabatan Tenaga Kerja A.S. dijadualkan menerbitkan laporan gaji non-farm payroll pada hari Jumaat jam 830 malam waktu tempatan.

Pasaran menjangkakan bahawa pertumbuhan gaji mencatat jumlah 198,000 setelah menambah 313,000 sementara kadar pengangguran dijangkakan menyusut 4.0% daripada 4.1%.

Selain itu, terdapat beberapa laporan mengenai pertumbuhan sektor pembuatan dan perkhidmatan ISM, gaji sektor swasta ADP, jualan kereta, perbelanjaan pembinaan, angka perdagangan serta pesanan kilang.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini