Saham di Asia merosot manakala dolar terus mengukuh berikutan hasil Perbendaharaan yang tinggi. Kebanyakan pasaran masih ditutup berikutan cuti “Easter”. 

Ekuiti di Jepun dan China didagangkan lebih rendah pada pertengahan dagangan hari Isnin, manakala Niaga hadapan A.S. menunjukkan penurunan kecil. Di samping itu, Yen kekal stabil disusuli oleh Won yang meningkat dengan kadar yang paling kuat berbanding dolar dalam tempoh tiga tahun berikutan ketegangan di rantau ini menunjukkan tanda-tanda pelonggaran yang lebih jauh.  Pada masa yang sama, Euro direkodkan sedikit berubah dan pound mencatatkan bacaan lebih tinggi.

Indeks Topix Jepun mengalami kejatuhan 0.4% di Tokyo disusuli oleh Kospi Korea Selatan yang kehilangan 0.1%. Shanghai Composite China tidak terlepas daripada penurunan 0.2%
Namun, Sensex India naik 0.4% manakala niaga hadapan S & P 500 susut 0.3%

Pelabur memasuki suku kedua pertahanan, setelah mempamerkan prestasi terburuk selama tiga bulan bagi saham global dalam lebih daripada dua tahun yang disifatkan oleh peningkatan volatiliti dan kebimbangan daripada peningkatan ketegangan perdagangan kepada pengambilan untung dalam saham teknologi.

Tumpuan pasaran minggu ini bertukar kepada data pasaran buruh A.S. yang dijadualkan pada hari Jumaat dengan jangkaan bahawa pengangguran jatuh ke tahap terendah sejak tahun 2000. Pedagang juga menanti keputusan mengenai rancangan A.S. terhadap tarif di China.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini