China telah menaikkan taarif sehingga 25% ke atas 128 produk A.S. termasuk daging khinzir beku, wain dan buah-buahan serta produk kekacang tertentu, sekaligus melibatkan 2 ekonomi terbesar di dunia sebagai tindak balas kepada A.S. mengenai import aluminium dan keluli.

Taarif yang akan dilaksanakan pada hari Isnin, diumumkan lewat pada hari Ahad oleh kementerian kewangan China beserta senarai taarif berpotensi hingga $ 3 bilion terhadap barang-barang A.S. yang diterbitkan oleh China pada 23 Mac lalu.

Di samping itu, salah satu tabloid di China menyatakan bahawa, “sekiranya pihak A.S. berfikiran bahawa China bakal berdiam diri dan tidak memberi tindak balas terhadap tindakan oleh Presiden itu, mereka silap”. 

Kementerian Perdagangan China berkata bahawa ia telah menangguhkan kewajipannya kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk mengurangkan taarif pada 120 barang A.S., termasuk buah dan etanol. Malahan, taarif ke atas produk tersebut bakal ditingkatkan sebanyak 15%.

Lapan produk lain, termasuk daging khinzir dan aluminium, kini akan dikenakan taarif tambahan sebanyak 25%, katanya yang berkuatkuasa bermula 2 April.

Taarif pembalasan tersebut berlaku berikutan ketegangan perdagangan yang semakin meningkat di antara Beijing dan Washington, yang telah mengetuk pasaran kewangan global pada minggu lalu apabila para pelabur bimbang mengenai perdagangan yang meluas di antara dua negara sekaligus merosakkan pertumbuhan dunia.

China telah memberi amaran kepada Amerika Syarikat pada hari Khamis untuk tidak membuka kotak Pandora dan mencetuskan pengawalan secara holistik di seluruh dunia.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini