Hakim Los Angeles telah memutuskan bahawa Starbucks Corp dan beberapa peniaga kopi yang lain harus memaparkan amaran kanser mengenai kopi yang dijual di California yang berkemungkinan menyebabkan syarikat tersebut disaman sehingga jutaan dolar.

Sekumpulan syarikat didakwa menyaman kira-kira 90 peruncit kopi, termasuk Starbucks, dengan alasan bahawa mereka melanggar undang-undang California yang menghendaki syarikat memberi amaran kepada pengguna terhadap bahan kimia dalam produk mereka yang boleh menyebabkan kanser.

Salah satu daripada bahan kimia yang didakwa adalah acrylamide, hasil sampingan biji kopi panggang yang terdapat pada kopi yang di-brew. 

Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles, Elihu Berle berkata dalam keputusannya bahawa Starbucks dan syarikat-syarikat lain gagal menunjukkan tiada sebarang risiko signifikan dari karsinogen yang dihasilkan dalam proses pemanggangan kopi menurut dokumen pengadilan.

Starbucks dan defendan lain diberi masa sehingga 10 April untuk memberi bantahan terhadap keputusan itu.

Starbucks bagaimanapun enggan mengulas, merujuk pemberita kepada kenyataan oleh Persatuan Kopi Kebangsaan (NCA) yang mengatakan industri sedang menimbangkan rayuan dan tindakan undang-undang dengan lebih lanjut.

Dalam keputusannya, Berle berkata: “Defendan gagal memenuhi burden of proof untuk membuktikan dengan bukti yang lebih banyak bahawa penggunaan kopi memberi manfaat kepada kesihatan manusia.”

Tuntutan tersebut difailkan pada tahun 2010 oleh Majlis Pendidikan dan Penyelidikan mengenai Toksik (CERT). Bagaimanapun, peguam CERT, Raphael Metzger tidak segera memberi respons kepada komen tersebut.

Starbucks kalah pada fasa pertama percubaan setelah gagal membuktikan bahawa acrylamide dalam kopi menimbulkan risiko kanser yang besar. Dalam fasa kedua perbicaraan itu, defendan gagal membuktikan terdapat tahap risiko “alternatif” yang boleh diterima bagi karsinogen.

Beberapa defendan dalam kes yang diselesaikan sebelum keputusan hari Rabu, bersetuju untuk memaparkan pamaran mengenai kimia berkaitan kanser dan membayar berjuta-juta denda.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini