Inflasi harga pengguna (CPI) Perancis meningkat kepada 1.5% secara tahunan pada bulan Mac 2018 daripada 1.2% pada bulan sebelumnya, sejajar dengan jangkaan pasaran. Bacaan tersebut adalah kadar inflasi tertinggi sejak Oktober 2012.

Harga direkodkan meningkat pada kadar yang lebih pantas bagi produk:

  • Makanan dengan catatan kenaikan 1.5% daripada 0.8%, disumbang oleh makanan segar dengan bacaan 2.8% daripada -1.3% dan makanan lain dengan 1.2%.
  • Perkhidmatan mengalami kenaikan sebanyak 1.4% daripada 1.1%.
  • Tembakau dengan 16.6% daripada 4.9%.
  • Tenaga bagaimanapun mengalami kenaikan lebih perlahan dengan bacaan 4.9% daripada 5.2%.
  • Sebaliknya, produk perkilangan turun sebanyak 0.4%, setelah mengalami kenaikan 0.1% pada bulan sebelumnya.

Secara bulanan, harga pengguna meningkat kepada 1% sekaligus menandakan angka bulanan tertinggi dalam rekod. Peningkatan tersebut direkodkan setelah pemulihan dalam harga produk perkilangan selepas akhir musim sejuk dan dari kenaikan mendadak harga tembakau. Harga perkhidmatan juga dipercepatkan, disusuli oleh makanan berasaskan produk segar.

Secara amnya, Indeks harga pengguna yang diselaraskan dijangka meningkat sebanyak 1.7% dari tahun sebelumnya manakala 1.1% daripada bulan sebelumnya.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini