Dolar secara perlahan memulih pada sesi dagangan Asia setelah yen dilihat berundur terhadap dolar berikutan sentimen risiko yang menyokong matawang Asia lain.

Di Asia, perkembangan di Semenanjung Korea dan percubaan untuk menamatkan skandal politik di Jepun adalah sentimen risiko yang mendorong pelabur untuk bertaruh terhadap aset risiko.

Manakala indeks dolar A.S., yang mengukur kekuatan greenback terhadap sekumpulan enam matawang utama lain berada pada paras 88.92 setelah memulih daripada paras rendah satu bulan dengan 88.59 pada hari Selasa.

Korea Selatan mempamerkan prestasi terbaik di pasaran Asia, dengan pasangan
USD / KRW berada pada 1,067.06 setelah terdapat laporan yang mengesahkan lawatan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un ke Beijing.

Di samping itu, laporan menyatakan bahawa Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe sedang bersiap untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden A.S. Donald Trump pada April bagi perbincangan strategi.

Di tempat lain, pasangan AUD / USD didaganngkan pada paras 0.7695 setelah meningkat  0.18%. Selain itu, data jualan rumah HIA Australia baru-baru ini direkodkan menurun pada -0.7%.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini