Uber Technologies Inc. telah secara rasmi menjual perniagaan pengangkutannya di Asia Tenggara kepada Grab.

Tindakan tersebut menandakan pengunduran operasi antarabangsa oleh Uber setelah menjual Uber Chinanya kepada Didi Chuxing.

Grab merupakan syarikat pengangkutan yang terbesar di Asia Tenggara dengan berjuta-juta pengguna merentasi 8 buah negara.

Di bawah terma perjanjian di antara dua firma tersebut, Uber akan mengambil 27.5% kepentingan di bawah naungan Grab Singapura manakala selebihnya diperoleh oleh Grab.
Ketua Eksekutif Uber, Dara Khosrowhahi juga mengatakan bahawa beliau bakal menyertai ahli lembaga pengarah Grab.

Nilai urus niaga tersebut bagaimanapun tidak diumumkan secara terbuka.

Secara amnya, Uber telah melabur kira-kira $ 700 juta dalam perniagaan di Asia Tenggara manakala $ 2 bilion yang lain di China sebelum bertindak menjual kedua-dua perniagaan tersebut kepada pesaing mereka sendiri.

Di samping itu, penjualan perniagaan ini merupakan penjualan ketiga setelah Uber menarik diri dari pasaran China pada tahun 2016 dan menjual Uber Russia kepada syarikat tempatan, Yandex pada tahun lalu.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini