New Zealand mencatatkan lebihan dagangan (trade balance) sebanyak NZD 217 juta pada bulan Februari 2018 daripada NZD 42 juta pada bulan yang sama tahun sebelumnya serta mengatasi jangkaan pasaran yang mensasarkan penurunan NZD 100 juta.

Eksport

Eksport direkodkan meningkat 11% berbanding tahun sebelumnya kepada NZD 4.460 bilion pada Februari, antara produk yang mendapat jualan tinggi:

  • Daging dan makanan yang boleh dimakan dengan 13% disumbang oleh daging kambing dengan 21%.
  • Kayu balak meningkat 19%.
  • Susu tepung, mentega, dan keju meningkat 5.3%.
  • Ikan mengalami peningkatan 31%.

Berdasarkan rakan perdagangan utama, jualan meningkat daripada negara:

  • China dengan bacaan 12%.
  • Australia meningkat sebanyak 5.3%.
  • Amerika Syarikat dengan bacaan 5.1%.
  • EU mencatat peningkatan 12%.
  • Jepun mendahului dengan 23%.

Import

Import dilaporkan meningkat sebanyak 4.6% kepada NZD 4.244 bilion pada bulan Februari. Peningkatan tersebut rata-rata disumbang oleh perkembangan dalam produk:

  • Jentera dan peralatan mekanikal mengalami peningkatan sebanyak 10%.
  • Makanan sisa dengan 70.3%.
  • Mesin dan peralatan elektrik direkodkan meningkat 13%.

Sebaliknya, import minyak mentah merosot kepada 7.8% yang disumbang oleh:

  • Bahagian kenderaan dan aksesori yang menjunam sebanyak 18%
  • Penurunan dalam kenderaan bermotor yang mencatat bacaan -33%.

Di antara rakan import utama, pembelian dicatatkan meningkat daripada:

  • China dengan 15%.
  • EU mencatat bacaan 11%.
  • Australia dengan rekod 0.8%.
  • Amerika Syarikat menyumbang 2.6%.
  • Jepun merosot 50%.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini