Harga minyak mengalami penurunan pada hari Isnin berikutan kebimbangan mengenai perselisihan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang menekan pasaran global.

Kemerosotan tersebut berlaku setelah Presiden A.S., Donald Trump menandatangani memorandum terhadap perlaksanaan taarif sehingga $ 60 bilion import dari China pada minggu lalu.

Oleh yang demikian, Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate A.S. berada pada $ 65.51 setong setelah turun 37 sen, bersamaan dengan 0.6%.

Niaga hadapan minyak mentah Brent pulaberada pada $ 70.24 setong setelah turun 21 sen, bersamaan dengan 0.3%.

Pasaran minyak mentah juga diperketatkan dengan peningkatan jumlah penggerudian minyak A.S. ke paras tertinggi tiga tahun dengan jumlah 804, menandakan peningkatan dalam pengeluaran yang telah melonjak sebanyak satu perempat sejak pertengahan tahun 2016 sehingga 10.4 juta tong sehari.

Di samping itu, Presiden Donald Trump terus mencadangkan bahawa A.S. akan menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran, yang kembali menimbulkan huru-hara sekatan ke atas negara itu serta mengekang kemampuan Tehran untuk mengeksport minyak mentah, kata Stephen Innes, ketua perdagangan di Asia / Pasifik bagi broker niaga hadapan OANDA di Singapura.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini