Pasaran kewangan global tertumpu kepada data pertumbuhan ekonomi (GDP) pada minggu ini manakala beberapa buah negara bakal ditutup bagi cuti “good friday” pada hari Jumaat ini.

Di antara data penting pada minggu ini adalah:

  1. Data Keyakinan Pengguna A.S.

Data keyakinan pengguna (consumer confidence) dijadualkan pada hari Selasa jam 10 malam waktu tempatan dengan jangkaan kenaikan berjumlah 131.2 daripada 130.8 pada bulan sebelumnya.

Data tersebut merupakan kayu ukur pertumbuhan kewangan di dalam perbelanjaan pengguna yang menyumbang sebahagian besar daripada keseluruhan aktiviti ekonomi.

2. Data KDNK (GDP) A.S. 

A.S. bakal menerbitkan anggaran pertumbuhan ekonomi suku keempat pada jam 8.30 malam waktu tempatan pada hari Rabu dengan perkembangan yang stabil pada kadar tahunan 2.7%.

Selain daripada laporan KDNK, data perumahan (pending home sales) juga bakal diterbitkan bersama-sama anggaran akhir pertumbuhan A.S. tersebut.

3. Data KDNK (GDP) UK

Jabatan Statistik Kebangsaan dijadualkan mengeluarkan anggaran suku keempat UK pada hari Khamis, jam 4.30 petang waktu tempatan dengan jangkaan bahawa bacaan kekal mendatar pada 0.4%.

Di samping itu, rundingan Brexit juga kekal sebagai fokus setelah memasuki fasa pertama rundingan.

4. Data Pekerjaan Jerman

Data tersebut dikeluarkan secara berasingan serta dijadualkan pada hari Khamis, jam 3.55 petang waktu tempatan dengan anggaran penurunan kepada -15,000 daripada bacaan -22,000. Pada masa yang sama, kadar pengangguran dijangka turut menyusut kepada 5.3% pada bulan Mac.

5. Data KDNK (GDP) Canada

Kanada bakal menerbitkan anggaran pertumbuhan ekonomi bulanan pada jam 8:30 malam waktu tempatan pada hari Khamis.

Data dijangka menunjukkan bahawa ekonomi berkembang 0.1% pada bulan Januari, selepas berkembang pada kadar yang sama sebulan lebih awal.

Pada kadar tahunan, ekonomi Kanada dijangka meningkat 2.9%, perlahan dari 3.3% pada bulan sebelumnya.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini