Matawang kripto didagangkan lebih rendah pada hari Jumaat setelah Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun (FSA) berkata dalam satu kenyataan bahawa ia mengeluarkan amaran kepada Binance, salah satu pertukaran matawang digital terbesar.

Bitcoin didagangkan pada paras $ 8,411.4 pada pertukaran Bitfinex setelah menyusut 7.3% berbanding sehari sebelumnya.

Pada masa yang sama, Ethereum, matawang digital kedua terbesar di dunia mencatat  10.6% serta didagangkan pada paras $ 514.82 pada pertukaran Bitfinex.

Menyokong penurunan tersebut, Token XRP Ripple turut menjunam 9.5% kepada
$ 0.62610 pada pertukaran Poloniex disusuli oleh Litecoin diperdagangkan 6.2% lebih rendah pada paras $ 159.75.

Pada hari Jumaat, pengawal selia Jepun mengeluarkan amaran kepada Binance yang berpusat di Hong Kong berikutan menjalankan perdagangan kepada penduduk Jepun tanpa lesen. Binance juga didakwa kerana membenarkan penduduk Jepun membuka akaun di internet tanpa mengesahkan identiti mereka.

Pengasas bersama (Co-founder) Binance, He Yi turut dilaporkan menidakkan isu tersebut dengan kenyataan; “Kami tidak berada di Jepun. Juga, senarai itu telah wujud selama berbulan-bulan, dan ia hanya rancangan pada tahap ini, tiada apa yang berlaku, jangan risau. “

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini