Harga emas melonjak pada sesi dagangan Eropah setelah kebimbangan mengenai
Trade-War meningkat serta permintaan terhadap logam berharga mendapat sambutan.

Gold futures bagi penghantaran pada bulan April di bahagian Comex New York Mercantile Exchange meningkat sebanyak $ 13.80 bersamaan dengan 1.04% kepada $ 1,341.20 per troy auns.

Pegawai Cina memberi tindak balas pada hari Jumaat dengan amaran kepada A.S. supaya menarik balik kenyataan tersebut.¬†Kementerian perdagangan China turut mengatakan bahawa “China tidak berharap untuk terlibat dalam perang perdagangan, tetapi tidak takut untuk terlibat”.

Ekonomi kedua terbesar di dunia mengumumkan rancangan untuk mengenakan duti tambahan sehingga $ 3 bilion import AS termasuk buah segar, wain dan kacang sebagai tindak balas kepada tarif import Trump yang diumumkan awal bulan ini ke atas keluli dan aluminium, yang berkuatkuasa pada hari Jumaat .

Selain daripada sentimen perang perdagangan yang menyebabkan emas berada pada paras tinggi mingguan sekitar 2%, momentum harga kekal bertahan disokong oleh kenaikan kadar faedah 0.25% pada hari Rabu.

Manakala dalam perdagangan logam, perak naik 0.90% kepada $ 16.535 per troy auns disusuli oleh platinum yang meningkat 0.62% pada $ 955.00 per troy auns.
Sebaliknya, palladium didagangkan rendah dengan 0.36% kepada $ 975.40 per troy auns manakala tembaga kehilangan 0.69 % hingga $ 3,003 paun.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini