Jawatankuasa Dasar Monetari Bank of England (BoE) telah mengundi dengan majoriti 7-2 untuk mengekalkan kadar bank pada 0.50% pada malam Khamis. Jawatankuasa juga telah mengundi secara untuk mengekalkan stok pembelian bon korporat dan pembelian bon kerajaan UK.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank of England menetapkan dasar monetari untuk mencapai sasaran inflasi 2% sekaligus membantu mengekalkan pertumbuhan sektor pekerjaan. Jawatankuasa tersebut dengan sebulat suara mengundi untuk mengekalkan stok pembelian bon korporat gred pelaburan bukan kewangan, yang dibiayai oleh penerbitan simpanan bank pusat, pada £ 10 bilion disusuli oleh undian pengekalan stok pembelian bon kerajaan UK, yang dibiayai oleh penerbitan simpanan bank pusat, pada £ 435 bilion.

Sentimen kenaikan kadar faedah pada bulan Mei meningkat secara mendadak selepas dua anggota jawatankuasa dasar monetari Bank of England mengundi bagi kenaikan kos pinjaman.

Pada asas perdagangan pula, Sterling meningkat di bursa asing berikutan berita bahawa Ian McCafferty dan Michael Saunders telah menyokong kenaikan suku tahunan bagi kadar bank kepada 0.75%.

Dalam kenyataan dasar monetarinya, MPC juga mengatakan bahawa, “kadar pengangguran kekal rendah dalam tempoh tiga bulan hingga Januari. Pengukuhan langkah-langkah jangka pendek pertumbuhan gaji dalam suku baru-baru ini serta pelbagai isyarat tinjauan mencadangkan pertumbuhan gaji bakal meningkat lagi sebagai tindak balas terhadap pasaran kerja yang mengetat”. 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini