Dolar A.S. jatuh pada hari Khamis setelah Rizab Persekutuan mengambil keputusan untuk  menaikkan kadar faedah pada tahun ini disusuli oleh kebimbangan mengenai pengumuman mengenai taarif perdagangan daripada Presiden A.S., Donald Trump.

Indeks MSCI meluas saham Asia Pasifik di luar Jepun bagaimanapun kekal mendatar, manakala Nikkei Jepun naik 1.0%.

Di samping itu, hasil perbendaharaan AS dua tahun menjunam kepada 2.304%  daripada 2.366% pada hari Rabu sementara hasil 10 tahun menurun kepada 2.874% setelah meningkat sebanyak 2.936%.

Data tersebut mendorong dolar AS berada pada paras lebih rendah dalam pasaran matawang,ditekan oleh penurunan terbesar indeks dolar dalam tempoh dua bulan pada hari Rabu.

Matawang Euro naik 0.2% kepada $ 1.2363 setelah berjaya pulih daripada paras rendah hampir tiga minggu dengan $ 1.2240 yang dicatatkan pada awal minggu ini.

Dolar melemah sehingga 0.4% kepada 105.58 yen, mendekati paras terendah pada 16 bulan iaitu 105.24 pada 2 Mac.

Pada masa yang sama, Pound Britain melonjak tinggi kepada $ 1.4171 setelah meningkat sebanyak 1%.

Data gaji British yang kukuh pada hari Rabu menyimpulkan jangkaan bahawa Bank of England mungkin memberi isyarat kenaikan kadar pada bulan Mei selepas mesyuarat dasar monetari yang dijadualkan malam ini jam 8 malam waktu tempatan.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini