Jawatankuasa Parlimen Britain pada hari Selasa meminta Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg untuk tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan bahawa berjuta-juta data peribadi pengguna disalahguna bagi tujuan kempen politik.

Pengerusi Jawatankuasa Digital, Kebudayaan, Media dan Sukan, Damian Collins menulis kepada Zuckerberg meminta supaya beliau memberi penjelasan dengan lebih lanjut mengenai isu tersebut.

Terdapat dakwaan bahawa Facebook telah mendedahkan lebih 50 juta data pengguna Facebook kepada syarikat Britian, Cambrige Analytica bagi kegunaan kempen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada tahun 2016.

“Jawatankuasa ini telah berkali-kali meminta Facebook menjelaskan mengenai bagaimana sesebuah syarikat boleh memperolehi dan menyimpan data pengguna dari laman mereka, dan menjelaskan sama ada data itu diambil tanpa persetujuan mereka”, tambah Collins.

Jawatankuasa turut menyuarakan ketidakpuasan mereka dengan kenyataan bahawa, “Sudah tiba masanya untuk kami mendengar penjelasan daripada eksekutif kanan Facebook serta memberikan gambaran yang jelas mengenai kegagalan proses yang amat sukar ini.”

Oleh yang demikian, saham Facebook Inc. jatuh ssebanyak 5.2%.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini