Harga Bitcoin melonjak pada hari Rabu setelah 20 ekonomi teratas di dunia menyatakan bahawa mereka tidak berhajat untuk menyekat pasaran matawang digital.

Bitcoin didagangkan pada $ 9,068.7 pada pertukaran Bitfinex, naik 7.8% berbanding 24 jam sebelumnya.

Ethereum, matawang kripto kedua terbesar di dunia oleh market cap, melonjak 9.3% seterusnya didagangkan pada $ 581.99 di pertukaran Bitfinex.

Di samping itu, XRP turut melonjak 4% kepada $ 0.70608 pada pertukaran Poloniex disusuli oleh Litecoin yang didagangkan 8.9% lebih tinggi pada paras harga $ 172.90.

Kumpulan 20 negara (G-20) berkata pada hari Selasa bahawa mereka bersetuju untuk memantau pergerakan pasaran matawang kripto. “Kami menyeru badan-badan penetapan piawaian antarabangsa (SSBs) untuk meneruskan pemantauan terhadap aset kripto dan risiko mereka, mengikut mandat, dan menilai tindak balas dari pelbagai pihak seperti yang diperlukan,” kata pemimpin G20.

Harga Bitcoin melonjak ke atas paras harga $ 9,000 berikutan berita itu.

Komuniti G-20 mengatakan bahawa koin matawang digital adalah aset, yang kekurangan atribut utama matawang fiat serta bakal mempunyai implikasi kestabilan kewangan pada masa akan datang.

Bagaimanapun, Bitcoin masih lebih rendah daripada 50% paras tertinggi sepanjang masa dengan pencapaian hampir $ 20,000 pada bulan Disember.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini