Dolar direkodkan lebih rendah berbanding matawang utama yang lain pada hari Rabu menjelang keputusan mesyuarat penetapan kadar faedah oleh The Federal Reserve yang dinanti-nanti oleh para pelabur dengan jangkaan kenaikan buat kali pertama tahun ini.

Indeks dolar, yang mengukur kekuatan greenback terhadap enam matawang utama lain turun 0.28% kepada paras 89.57.

Para pelabur dilihat bakal memberi sepenuh tumpuan bagi mendapatkan isyarat lebih lanjut terhadap pengetatan dasar monetari sekaligus mengelakkan ekonomi daripada terlalu panas (overheating). 

Presiden A.S., Donald Trump dijangka memperkenalkan sehingga $ 60 bilion taarif baru ke atas import China pada hari Jumaat setelah mengenakan taarif ke atas import keluli dan aluminium pada awal bulan ini.

Para pelabur bagaimanapun bimbang bahawa rakan utama perdagangan A.S. mampu membalas tindakan beliau dengan langkah yang sama sekaligus mengancam pertumbuhan global.

Matawang euro berada lebih tinggi berbanding dolar, dengan EUR / USD naik 0.33% ke paras 1.2281.

Dalam masa yang sama, sterling turut berada di paras tinggi dengan GBP / USD naik 0.23% kepada 1.4029 menjelang laporan pekerjaan terkini UK pada jam 530 petang waktu tempatan.

Manakala di Asia, dolar dilihat lebih rendah berbanding yen, dengan USD / JPY turun 0.21%, mencecah harga 106.31.

Walaubagaimanapun, dolar Australia kekal di bawah tekanan selepas jatuh ke paras terendah tiga bulan semalaman berikutan kebimbangan bahawa China mungkin terkena sekatan A.S.
Secara amnya, China merupakan rakan perdagangan utama bagi eksport Australia.

AUD / USD adalah pada 0.7694 selepas jatuh serendah paras 0.7677.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini