Dewan telah meluluskan rang undang-undang pada hari Jumaat sekaligus menamatkan penutupan sementara kerajaan Amerika Syarikat setelah menghantar bil tersebut kepada Presiden Donald Trump bagi ditandatangani olehnya.

Kedua-dua dewan Kongres telah meluluskan rang undang-undang pendanaan jangka pendek dan membuka peluang kepada program ketenteraan dan domestik setelah bajet belanjawan itu berakhir pada hari Jumaat. Kerajaan tersebut ditutup buat kali kedua dalam tempoh kurang dari sebulan.

Di samping itu, rang undang-undang tersebut bakal meningkatkan rangsangan dua tahun dengan jumlah $ 300 bilion di dalam program tentera dan domestik.

Ia juga akan meningkatkan kadar hutang yang dengan hampir lebih $ 90 bilion disahkan bagi bantuan bencana alam pada tahun lepas, menyumbang dana untuk melawan krisis opioid dan memperluaskan Program Insurans Kesihatan kanak-kanak dengan tambahan empat tahun.

“Perjanjian Belanjawan hari ini sangat penting bagi keperluan ketenteraan kita”, kata Trump. Ia bakal menyekat penceroboh berbahaya daripada memasuki negara itu dan memberikan Setiausaha Mattis isyarat positif bagi menjaga perairan Amerika.

“Republikan dan Demokrat mesti menyokong tentera kami dan menyokong Rang Undang-Undang ini!”, tambahnya.


TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini