Kerajaan Amerika Syarikat ditutup pada hari Jumaat bagi kali kedua dalam masa tiga minggu serta memberi implikasi terhadap dolar setelah Republikan Kentucky, Rand Paul menghalang perjanjian belanjawan oleh Senat.

Penutupan kerajaan itu bermula tengah malam tadi setelah Kongres A.S. gagal meluluskan langkah pendanaan stopgap bagi mengelakkan penutupan kerajaan sebelum tempoh tamat pada hari Khamis, secara teknikal mencetuskan permulaan penutupan kerajaan kali kedua.

Penutupan kerajaan ini dijangka mengambil masa hanya beberapa jam, membolehkan Senat dan Dewan meluluskan bil pembiayaan berjumlah setengah bilion dolar itu.

Ianya terjadi setelah Rand Paul, menyuarakan ketidakpuasan beliau terhadap perjanjian itu dengan serta merta menghalang proses pengundian Senat serta mengemukakan kenyataan bahawa tindakan itu hanya akan meningkatkan defisit belanjawan persekutuan.

Beliau mengatakan bahawa “Saya tidak menyokong penutupan kerajaan namun saya juga tidak menyokong untuk peminjaman satu juta dolar seminit. Tindakan ini merupakan tindakan yang melulu tanpa memikirkan kesan terhadap perbelanjaan”.

Sekiranya Dewan berjaya menyelesaikan hal tersebut sebelum sesi dagangan Amerika Syarikat, pasaran perdagangan akan kekal normal namun jika sebaliknya, ia akan ditutup bagi satu tempoh yang lama seperti penutupan pertama yang lalu.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini