Kumpulan Sapura Energy Bhd telah memperolehi kontrak berjumlah RM905 juta dari Petronas Carigali, Hess Exploration And Production Malaysia B.V, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) bersama-sama Mumbai Port Trust.

Syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu mengeluarkan kenyataan bahawa Sapura Fabrication Sdn. Bhd telah memperoleh kontrak bagi projek menaiktaraf kompresor Kinarut ERB West bersama Petronas Carigali.

Syarikat itu menyatakan bahawa kontrak tersebut akan tamat setelah tiga tahun pada suku keempat 2020. Sapura Fabrication turut mendapat projek daripada Petronas Carigali bagi brownfield Bokor Betty and rejuvenation.

Kontrak tersebut sah dalam tempoh 4 ½ tahun yang dijangka tamat tempoh pada suku kedua tahun 2022.

Di samping itu, Sapura Fabrication juga mendapat kontrak dari syarikat Hess bagi projek Kemudahan FFD Fasa 2, Lembangan Melayu Utara. Ia akan menjalankan pembinaan platform terowong konvensional berkaki tiga dan platform terowong minimum, dengan saluran paip yang sistematik dan dijangka siap dalam suku kedua tahun 2020.

Sementara itu, Sapura Offshore Sdn Bhd memperoleh kontrak bagi projek pengangkutan dan pemasangan untuk platform pemprosesan pusat Bokor bagi MMHE serta dijangka siap pada Mac 2020.

Sapura Offshore telah mengambil kontrak bagi pemasangan saluran paip luar pesisir atau darat dan kerja terminal bagi projek minyak kelima untuk Mumbai Port Trust.

Ia berkata bahawa pelaksanaan kerja projek itu terdiri daripada pemasangan saluran paip selam berdiameter 42 inci dengan kabel komposit berdiameter lima inci di antara terminal darat di Pir Pau di Mumbai ke terminal di Jawahar Dweep. Projek ini dijangka siap pada Mei 2019 tambah syarikat itu.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini