Presiden Bank Sentral Eropah (European Central Bank-ECB), Mario Draghi berkata pada awal jam 12 pagi waktu tempatan bahawa beliau dan pihak ECB sedang berusaha untuk mengenal pasti sebarang risiko kestabilan kewangan terhadap matawang digital. Walau bagaimanapun, bank tersebut masih tidak menunjukkan keinginan yang tinggi untuk melabur di dalam sebarang jenis matawang digital yang ada.

“Kami tidak melakukan pemantauan terhadap matawang digital secara sistematik oleh institusi yang diselia,” kata Draghi kepada Parlimen Eropah di Strasbourg. Beliau menambah bahawa, “Secara amnya, institusi kredit tidak menunjukkan minat yang ketara teradap matawang digital, seperti Bitcoin.”

“Kita perlu faham,bank perlu mengenal pasti serta mengambil kira setiap risiko yang ditawarkan oleh setiap jenis matawang digital di dalam portfolio mereka sewajar-wajarnya.” kata Draghi kepada ahli parlimen ECB.

Malahan, pegawai penyelia ECB kini juga sedang mempergiat usaha untuk mengenal pasti sebarang risiko keselamatan yang mampu ditimbulkan oleh matawang digital terhadap umum dan bank sendiri. Rancangan pengawalseliaan turut dipertimbangkan bagi isu ini tambahnya.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini