Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata bahawa ia telah bersetuju untuk menyahbekukan akaun yang telah disekat pada Disember 2017 milik Luno tersebut dan meneruskan siasatan seperti biasa pada Jumaat lalu.

Luno turut menyatakan bahawa ia akan bekerjasama rapat dengan Maybank bagi operasi membuka semula akaun bank.

“Kami akan mengemaskini status akaun bank melalui e-mel, aplikasi Luno dan media sosial secepat mungkin”, di dalam satu kenyataan oleh pihak Luno.

Secara global, pihak berkuasa cukai memberikan lebih tumpuan terhadap platform matawang digital dan pelanggan mereka. Seperti pihak berkuasa cukai Korea Selatan yang telah memulakan penyiasatan mereka terhadap bursa tempatan.

Luno bekerjasama dengan LHDN bagi membantu mereka lebih memahami Luno dan industri yang lebih luas termasuk:

  • Bagaimana platform matawang digital seperti Luno diproses.
  • Bagaimana pasaran menggunakan matawang digital .
  • Bagaimana negara-negara lain mencadangkan pengawalseliaan terhadap matawang ini.

Luno turut menggalakkan semua pelanggan mematuhi keperluan cukai di Malaysia, termasuk pengisytiharan keuntungan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini