Samsung secara rasminya telah memulakan proses penghasilan cip massa yang direka khas bagi tukaran matawang digital, yang dikenali sebagai litar bersepadu khusus aplikasi (application-specific integrated circuits-ASIC).

Label teknologi gergasi Korea itu telah mengumumkan pendapatan suku keempatnya, yang berjumlah 66 trilion won bersamaan $ 61 bilion dengan peningkatan sebanyak 24% pada tahun ke tahun. Sebahagian besar keuntungan tersebut disumbang oleh permintaan yang tinggi bagi cip memori Samsung yang digunakan dalam bank data dan telefon pintar.

Pada suku pertama, pendapatan dijangka meningkat berikutan produk telefon pintarnya tahun ini serta permintaan yang semakin meningkat bagi aktiviti melombong cryptocurrency. 

Laporan ini menyokong kenyataan bahawa Samsung telah menceburi sektor perlombongan crypto. Awal minggu ini, berita Korea melaporkan bahawa syarikat itu bakal menghasilkan ASIC bersama pengeluar chip Taiwan, TSMC.

Menyokong kenyataan itu, Samsung mengesahkan bahawa syarikat itu sedang terlibat di dalam pertukaran matawang digital, namun masih enggan memberikan butiran lanjut.

Penglibatan Samsung di dalam pasaran matawang itu bakal mewujudkan persaingan yang ketara terhadap firma lain yang sudah bertapak di dalam industri. Bitmain yang berpangkalan di Beijing menyatakan bahawa ia membekalkan lebih 70% ASIC bitcoin di dunia serta mengawal kira-kira 30% pemprosesan rangkaian bitcoin secara global.

Salah satu kelebihan dimiliki oleh Samsung terhadap Bitmain adalah, ia merupakan label gergasi Korea yang mendorong pertumbuhan semikonduktor terbesar di dunia.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini