Presiden Donald Trump telah memohon maaf secara terbuka yang jarang berlaku pada hari Jumaat berikutan mengkritik video anti-Islam yang disiarkan oleh seorang aktivis politik British dua bulan lalu serta menjadikannya sebagai salah satu faktor yang merosakkan hubungan baik di antara A.S. dengan U.K.

“Retweets boleh menimbulkan masalah,” kata Trump dalam satu wawancara yang dirakamkan di Davos, Switzerland, bersama Piers Morgan dari saluran ITV U.K.

“Saya tidak mahu terlibat dengan orang-orang ini. Sekiranya anda memberitahu saya bahawa mereka mempunyai perkauman yang dahsyat, saya pasti memohon maaf, “kata Trump kepada Morgan, bekas peserta pada acara NBC ” The Apprentice. “

Pada bulan November, Trump telah me-retweet beberapa kenyataan di Twitter oleh Jayda Fransen, Timbalan Ketua Pergerakan Nasionalis British. Tindakannya itu menarik perhatian  Perdana Menteri U.K., Theresa May, dan Trump membalas teguran May dengan kenyataan bahawa “usah campur tangan hal saya”. 

Tindakannya itu bukan sahaja merosakkan hubungan baik dua negara itu, malahan memberi kesan terhadap ekonomi Amerika Syarikat berikutan kekurangan nilai moral yang dilihat oleh pelabur.

Dua pemimpin itu bertemu hari ini di Davos, setelah Trump mengatakan bahawa berita tentang beliau dan May tidak akan bertemu hanyalah “khabar angin palsu”.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini