Kadar Faedah Malaysia Dijangka Meningkat Kepada 3.25%

Bank Negara Malaysia dijangka menjadi bank pusat pertama di Asia Tenggara yang bakal mengetatkan dasarnya pada hari ini jam 3.00 petang waktu tempatan dengan jangkaan peningkatan sebanyak 0.25% menjadikan kadar faedah terbaru berada pada 3.25% berbanding bacaan terkini dengan 3.0%.

Peningkatan yang signifikan dalam pertumbuhan ekonomi pada tahun lalu dan kenaikan harga bahan bakar menyebabkan penggubal dasar berhati-hati terhadap risiko inflasi, meskipun pilihan raya umum merumitkan proses pergerakan kadar tersebut. Sekiranya bank pusat mengetatkan dasar mereka pada hari Khamis, Malaysia menjadi negara pertama di Asia yang berbuat demikian setelah kenaikan kadar Korea Selatan pada bulan November.

“Ia lebih kepada mengambil langkah awal,” kata Rahul Bajoria, seorang pakar ekonomi kanan di Barclays Plc di Singapura.

Pelabur meningkatkan keyakinan mereka terhadap kenaikan kadar di Malaysia selepas bank pusat memberi isyarat pada bulan November bahawa ia mungkin mempertimbangkan untuk menyesuaikan dasar bersesuaian dengan kestabilan ekonomi. Swap kadar faedah setahun meningkat kepada 3.67% pada bulan itu, tertinggi sejak Februari 2016, dan didagangkan pada 3.64% pada hari Rabu.

Kadar Inflasi Negara Meningkat Kepada 3.5%

Di samping itu, kadar inflasi meningkat 3.5% pada bulan Disember berbanding tahun sebelumnya sejajar dengan anggaran. Jangkaan inflasi kerajaan bagi tahun ini adalah 2.5% kepada 3.5% berbanding 3.7% pada tahun lepas.

Melalui dorongan pemulihan perdagangan global dan permintaan domestik yang kukuh, ekonomi Malaysia dijangka berkembang sebanyak 5.5% pada 2018.

Kadar Dalam Negara Kasar (Growth Domestic Products-GDP)

Malahan, Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di Malaysia bernilai 296.54 bilion Dolar AS pada 2016. Nilai KDNK Malaysia mewakili 0.48% daripada ekonomi dunia. KDNK di Malaysia kini berpurata 83.26 Bilion USD dari tahun 1960 hingga 2016, mencapai tahap paras tertinggi dengan 338.06 Bilion USD pada tahun 2014 dan rekod rendah pada 1.90 Bilion USD pada tahun 1961.

Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia kini berjumlah USD103.0 Bilion pada 15 Januari 2018. Kedudukan rizab ini juga memadai untuk membiayai 7.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri bagi jangka pendek.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini