Isu penutupan kerajaan Amerika Syarikat bagi menangani masalah belanjawan kerajaan persekutuan yang berpusat di Washington D.C. Jika dilihat pada pergerakan keseluruhan pasaran U.S Dolar Index (DXY) telah pun berlaku perjalanan ” Downtrend ” selama setahun berturut-turut yang bermula pada 4 Januari 2017 sehingga kini.

Penutupan ini telah berkuatkuasa pada tengah malam hari Jumaat 19 Januari 2018 minggu lepas selepas Parti Demokrat dan Parti Republik seakan sedang terkurung dalam sangkar pertikaian sengit yang membahaskan isu keselamatan imigresen dan sempadan. Kemudian pada minit terakhir mesyuarat berlangsung, kedua-dua belah pihak gagal menyetujui perjanjian untuk membiayai kos operasi kerajaan.

Bagi mendapatkan solusi masalah semasa ini, pemimpin Parti Demokrat  dan Republik di parlimen A.S akan mengadakan perbincangan pada hari Ahad akan datang. Ahli parlimen di A.S bakal melakukan undian pada 8 Febuari 2018 sama ada untuk memajukan langkah yang bertujuan membiayai kos operasi kerajaan atau sebaliknya.

Kesan terhadap pasaran kewangan :

  • Indeks Dolar sedang bergerak di bawah paras 90.00 .
  • Euro naik 0.2% kepada $ 1.2252, menghentikan tempoh puncak tiga tahun pada paras $ 1.2323 Rabu lalu.
  • Hasil Treasury 10 tahun meningkat kepada paras tertinggi 3-1/2 tahun sebanyak 2.663% pada hari Jumaat.
  • Dolar Australia naik 0.2% kepada $ 0.8001 dan Dolar New Zealand naik 0.15% kepada $ 0.7289.
  • Pound turun 0.1% kepada $ 1.3889, menarik jauh dari kedudukan 1-1/2 tahun $ 1.3942 yang dicapai pada hari RabU lalu.

Ahli Strategi Senior di Barclays yang berpusat di Tokyo Japan

Penutupan itu juga tidak dijangkakan akan bertahan lama. Ini bermakna, jika penutupan itu berlanjutan hingga beberapa minggu, maka kita perlu mula bimbang tentang kesan negatif terhadapa ekonomi Amerika Syarikat . ” – Ahli Strategi Senior di Barclays yang berpusat di Tokyo Japan

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini